Apakah DS Najib Perlu Menunggu Hingga 2026 Sebelum Jalani Tahanan Rumah?

Apakah DS Najib Perlu Menunggu Hingga 2026 Sebelum Jalani Tahanan Rumah

Apakah DS Najib Perlu Menunggu Hingga 2026 Sebelum Jalani Tahanan Rumah?

 

Pasukan pembelaan menjangkakan perbicaraan kes 1MDB boleh berlarutan sehingga 2026 jika bekas DS Najib itu diarahkan untuk membela diri.

Peguambela Shafee Abdullah berkata demikian semasa satu lagi prosiding terhadap DS Najib.



Ianya berhubung bayaran yang dibuat kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Minggu lalu, pihak pendakwaan menutup kes 1MDB, dengan hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 19 hingga 22 Ogos bagi pendakwaan dan pembelaan mengemukakan penghujahan lisan.

Sequerah kemudian akan menetapkan tarikh untuk memutuskan sama ada DS Najib perlu membela diri atau tidak.

Jika mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas DS Najib, dia akan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.



Ketika perbicaraan kes IPIC di depan hakim Muhammad Jamil Hussin, Shafee berkata kes 1MDB adalah antara sebab untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Jamil kemudian membenarkan perbicaraan ditangguh sehingga 19 Jun.

“Jika Yang Arif (Jamil) menangguhkan kes (IPIC), kita boleh pecahkan tarikh.”

“Jadi kes (IPIC) Yang Arif boleh dimulakan.”



“Jika tidak, (kes IPIC) perlu tunggu sehingga 2025.”

“Kerana kes (1MDB) sudah ambil banyak tarikh dan saya yakin ia akan selesai paling lewat pada 2026,” jelas Shafee.

Dari kenyataan Shafee, ianya memberikan bayangan kepada kita bahawa perbicaraan kes 1MDB dijangka akan tamat pada 2026.

Persoalannya sekarang, apakah Titah Adendum Di Raja yang memberikan kelegaan hukuman kepada DS Najib hanya akan dilaksanakan pada 2026?



Ianya berdasarkan kepada kenyataan Anwar Ibrahim yang mengatakan titah adendum tersebut hanya akan dipertimbangkan selepas kes 1MDB selesai.

Apakah kerajaan sekarang meragui keabsahan titah adendum tersebut dari sudut perlembagaan sedangkan YDP Agong mengeluarkannya mengikut kuasa prerogatif baginda sebagai YDP Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

 

Apakah DS Najib Perlu Menunggu Hingga 2026 Sebelum Jalani Tahanan Rumah?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button