APMM temui dadah terapung di perairan Muka Head

Oleh – Syeikh Baran


APMM temui dadah terapung di perairan Muka Head
Dadah yang ditemui terapung di perairan Muka Head, George Town.

Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menemui empat bungkusan terapung hablur kristal dipercayai dadah bernilai RM120,000 di perairan Muka Head di sini, hari ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, bungkusan dadah itu dijumpai di sekitar perairan 4.6 kilometer dari barat Muka Head, pada pukul 12.40 tengah malam tadi.



Katanya, bot peronda yang sedang melakukan rutin penguatkuasaan di kawasan sekitar telah menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan dadah di perairan berkenaan.

“Sejurus maklumat diterima, bot penguat kuasa ke lokasi aduan dan telah mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang membuang beberapa bungkusan bersinar ke laut.

”Anggota seterusnya memeriksa dan mendapati bungkusan tersebut mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah, namun bot terbabit telah berjaya melarikan diri dan terus hilang dari pengesanan radar,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, keempat- empat bungkusan bersinar itu dianggarkan bernilai RM120,000 dan dadah berkenaan dipercayai dapat menampung keperluan seramai 18,000 orang penagih di negeri ini.



“Bungkusan yang ditemui telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button