Jumlah bom Israel digugurkan di Gaza melepasi perang dunia kedua
Jumlah bom Israel digugurkan di Gaza melepasi perang dunia kedua
Istanbul: Israel sudah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pada akhir April, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan kira-kira 70,000 tan bom dijatuhkan ke atas Gaza, meliputi tempoh enam bulan antara 7 Oktober dan 24 April.
“Dianggarkan bahawa Israel menggugurkan lebih 70,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza selain daripada operasi pembersihan tanahnya, mengakibatkan kemusnahan semua bangunan pada jarak sehingga satu kilometer di timur dan utara Semenanjung untuk mewujudkan apa yang dipanggil zon penampan,” menurut organisasi pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva.
Jerman mengebom London, menjatuhkan kira-kira 18,300 tan bom antara 1940 dan 1941, menurut pelbagai anggaran, termasuk arkib dari New York Times.
Pihak Berikat menggugurkan 8,500 tan bom di Hamburg pada musim panas 1943, kata Hendrik Althoff, felo penyelidik di Jabatan Sejarah di Universiti Hamburg.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir, satu satunya individu hadapi Dua RCI
- Adakah Kerabat Johor Sengaja ‘Di Serang’ Pihak Tertentu?
- Dr Mahathir Minta Siasatan RCI Pulau Batu Puteh Di Buat Secara Terbuka
Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza berikutan pencerobohan Hamas pada 7 Okt lepas, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.
Lebih 36,500 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta hampir 83,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Hampir lapan bulan selepas perang Israel, sebahagian besar Gaza runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang dalam keputusan terbarunya telah mengarahkan Tel Aviv untuk segera menghentikan operasinya di Rafah, iaitu lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
Jumlah bom Israel digugurkan di Gaza melepasi perang dunia kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah DS Najib Perlu Menunggu Hingga 2026 Sebelum Jalani Tahanan Rumah?
- Kenapa Hendak Salahkan Rakyat Dan Akar Umbi UMNO Bila Mereka Terus Mendesak Di Berikan Keadilan Kepada DS Najib
- “Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Mahathir tidak curi wang negara” lebih mudah dari cabar Anwar ke Swiitzeland
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :