Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai RM1.5 juta

Oleh – Syeikh Baran


Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai RM1.5 juta
Mohd. Nasir (tiga dari kanan) pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah mematahkan cubaan menyeludup masuk tiga buah kontena minuman keras bernilai lebih RM1.5 juta.

Dalam rampasan pada 24 April lalu, ketiga-tiga kontena itu dikesan mesin pengimbas di Pelabuhan Sepanggar selepas dipercayai dibawa masuk barangan dari negara jiran.



Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd. Nasir Deraman berkata, semua kontena itu diikrarkan sebagai produk keperluan rumah, aksesori telefon pintar dan alat ganti jentera ‘excavator’.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi 70,407 liter minuman keras bernilai RM298,442, manakala nilai duti dan cukai lebih RM1.2 juta.

“Tindakan penyeludup ini bukan sahaja mahu mengelak cukai tetapi prosedur permit mengimport barangan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, hari ini.

Dalam operasi berasingan, Mohd. Nasir berkata, pihaknya melancarkan ‘Ops Tuai’ membabitkan lapan daerah di Sabah pada 22 Mei lalu dan merampas 16,767 liter minuman keras serta 15,480 batang rokok bernilai RM89,617 tidak termasuk cukai.



“Selain itu, pasukan operasi merampas dua lori, sebuah van dan kereta jenis Perodua Viva yang disyaki digunakan untuk menyimpan dan menghantar barangan seludup tersebut. Nilai ramasan dan sitaan adalah RM456,647,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button