Kenapa Hendak Salahkan Rakyat Dan Akar Umbi UMNO Bila Mereka Terus Mendesak Di Berikan Keadilan Kepada DS Najib

Kenapa Hendak Salahkan Rakyat Dan Akar Umbi UMNO Bila Mereka Terus Mendesak Di Berikan Keadilan Kepada DS Najib

Kenapa Hendak Salahkan Rakyat Dan Akar Umbi UMNO Bila Mereka Terus Mendesak Di Berikan Keadilan Kepada DS Najib

 

Majoriti pemimpin utama UMNO kini dilihat semakin parah dihinggapi penyakit sindrom yang kronik berhubung keadilan untuk DS Najib.

Bukan tuduhan, tetapi fakta membuktikannya.



Mereka hanya akan bersuara dan memainkan kembali isu keadilan DS Najib secara bermusim.

Bila tiba musim pilihanraya kecil barulah kedengaran suara mereka bercakap tentang keadilan untuk DS Najib.

Bila didesak oleh rakyat dan akar umbi, jawapan klishe yang mereka berikan ialah kita sedang melakukan sesuatu.

Dan UMNO tidak pernah lupa memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.



Dan bila didesak lagi apa yang sedang dilakukan?

Sekali lagi jawapan klishe mereka adalah tidak semua yang kita lakukan boleh diberitahu kepada umum.

Tetapi apa yang rakyat lihat, setiap apa yang sedang berlaku sekarang tidak memihak kepada DS Najib.

Tular seketika, berikutan memo dalaman yang bocor, pejabat Peguam Negara sudah pun memberikan DNAA (bebas tanpa lepas) kepada DS Najib dalam kes IPIC.



Malah dikatakan, DNAA yang diberikan kepada DS Najib lebih awal seminggu dari DNAA yang diberikan kepada DS Zahid.

Persoalannya, mengapa kes DS Zahid digugurkan tetapi kes IPIC DS Najib diteruskan?

Dan selepas DS Zahid dilepaskan, dikatakan DNAA kepada DS Najib telah dibatalkan oleh pejabat Peguam Negara.

Kemudian timbul pula isu titah adendum Di Raja yang meringankan hukuman penjara DS Najib kepada tahanan rumah.



Isu semakin hangat bila kerajaan bertegas untuk tidak mengendahkan titah adendum tersebut dengan pelbagai alasan.

Di manakah suara pemimpin UMNO?

Lebih menghairankan bila ada pihak yang lantang bersuara memepersoalkannya, mereka pula dituduh cuba sabotaj keadilan untuk DS Najib.

Apa yang pemimpin UMNO mahukan dari akar umbi UMNO?



Berdiam diri dan berpeluk tubuh menyaksikan DS Najib terus dizalimi?

Kalau sikap itu berterusan, penulis ucapkan good luck dalam PRU 16.

 

Kenapa Hendak Salahkan Rakyat Dan Akar Umbi UMNO Bila Mereka Terus Mendesak Di Berikan Keadilan Kepada DS Najib

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button