Lima tahun bawa keluarga tinggal di tandas awam

Oleh – Syeikh Baran


Lima tahun bawa keluarga tinggal di tandas awam
Udin tinggal di tandas awam bersama isteri dan anaknya kerana tidak mempunyai tempat tinggal. – Kompas

Sebuah keluarga miskin di Indonesia terpaksa tinggal di tandas awam selama lima tahun,  lapor portal berita Tribun News.

Udin bersama isteri dan anaknya tinggal di tandas awam di Kampung Desa Kancinaa, wilayah Sulawesi Tenggara.



Udin yang bekerja sebagai buruh binaan terpaksa membawa keluarganya tinggal di tandas awam kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal.

“Saya dan keluarga terpaksa tinggal di sini kerana tiada rumah, tinggal bersama dengan orang tua pun susah, jadi saya mahu berdikari dan tinggal di sini,” katanya kepada Kompas.

Tandas awam yang menjadi kediaman  keluarga Udin dibina pada tahun 2014.

Tandas itu mempunyai tiga bilik,  namun Udin mengubah suai bahagian dalam tandas supaya menjadi dua bilik.



Tambahnya, dia sudah meminta kebenaran daripada ketua kampung untuk menetap di tandas awam tersebut.

“Saya telah meminta izin kepada ketua kampung untuk tinggal di sini dan diizinkan oleh beliau,” katanya lagi.

Tandas tersebut sudah lama tidak digunakan kerana penduduk kampung memiliki tandas di rumah masing-masing.

Udin berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan untuk perumahan yang layak kepada dirinya dan keluarga. – Agensi



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button