Ops Samba 2.0 : 2 pegawai Kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah

Oleh – Syeikh Baran


Ops Samba 2.0 : 2 pegawai Kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Che Mohd. Taufik (dua dari kiri) dan Mohd. Afiq Ikhwan (tiga dari kanan) didakwa menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.

Tertuduh, Che Mohd. Taufik Che Arif, 33, yang berdepan 13 pertuduhan manakala Mohd. Afiq Ikhwan Ramli, 30, pula satu pertuduhan membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.



Berdasarkan pertuduhan, Che Mohd. Taufik yang merupakan Pembantu Penguasa JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa memperoleh suapan berjumlah keseluruhan RM9,000.

Seorang lagi tertuduh, Mohd. Afiq Ikhwan pula didakwa menerima suapan berjumlah keseluruhan RM3,500.

Bayaran tersebut didawak diterima melalui atas talian daripada seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori-lori milik syarikat terbabit yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.

Che Mohd. Taufik dan Mohd. Afiq Ikhwan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank di Jertih, Besut antara 17 Disember 2017 sehingga 12 April 2023.



Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

SPRM sebelum ini mendedahkan jumlah ketirisan hasil cukai mencecah RM2 bilion akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota JKDM di Kargo KLIA Sepang.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button