Pasangan kekasih abai anak hingga mati tukar pengakuan tidak bersalah

Oleh – Syeikh Baran


Pasangan kekasih abai anak hingga mati tukar pengakuan tidak bersalah
NORAINI dan Mohd. Khairul Shamsua ketika didakwa di Mahkamah Sesyen pada 1 April lalu. – Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan mengabai anak berusia tiga tahun sehingga maut menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Noraini Haron, 42, dan Mohd. Khairul Shamsua Israk, 38, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.



Pada 1 April lalu, pasa­ngan itu mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 Mei bagi laporan forensik, namun Noraini tidak hadir menyebabkan hakim mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap wanita itu.

Pasangan itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli, 3, mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kematian pada 18 hingga 24 Mac lalu di sebuah rumah di Taman Mayung, Port Dickson dekat sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button