Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri

 

Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co telah menarik diri dari mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan.

Mahmud Jumaat berkata, dirinya tidak lagi mewakili mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.”

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” jelas Mahmud Jumaat.

Beliau sebelum ini dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di rumah keluarga mereka di Puncak Alam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba mengesahkan dia sudah melantik peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak itu.



Semuga Ada Keadilan Untuk Allahyarham Zayn Rayyan

 

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pasangan itu pada oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor.

Pada 1 Jun lepas, kedua ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan pelois telah mendapatkan perintah tahanan reman selama 7 hari ke atas mereka berdua.

Allahyarham Zayn Rayyan berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai.



Allahyarham ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dengan niat.



Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Namun begitu, masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan.

Dan sebagaimana yang dinasihatkan oleh bekas peguam ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat, jangan kita membuat sebarang spekulasi.

Kerana ianya dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.



Sama-sama kita berdoa agar keadilan dapat diberikan kepada Allahyarham Zayn Rayyan, biar siapa pun yang membunuh bunuh.

 

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button