Lemas tergelincir memancing di kunci air

Oleh – Syeikh Baran


Lemas tergelincir memancing di kunci air
Keadaan mayat mangsa yang ditemui lemas di kunci air di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, petang tadi.

Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelintir ketika memancing di kawasan sebuah kunci air di Kampung Padang Jawa di sini, petang tadi.

Mayat mangsa warga tempatan berusia 26 tahun itu ditemui bomba dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pukul 7.15 petang.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang memancing di tepi kawasan kunci air itu tergelincir ketika hendak naik dari tempat memancing sebelum terjatuh ke dalam sungai.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dijalankan pasukan Balai Bomba Seksyen 15 dan menemukan mayat mangsa. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat,” katanya malam ini.

Tambah Mohd. Iqbal, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button