Minum keras punca lelaki gaduh dalam kedai runcit

Oleh – Syeikh Baran


Minum keras punca lelaki gaduh dalam kedai runcit
Tangkap layar kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, baru-baru ini.

Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihak telah terkesan dengan satu video tular menerusi aplikasi X yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah premis di daerah berkenaan, pada pukul 9.45 pagi.



Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku pada 3 Jun lalu, kira-kira pukul 11.50 malam.

“Semasa kejadian, pengadu yang bekerja sebagai jurujual di premis tersebut telah didatangi dua lelaki warga tempatan di mana salah seorang pelanggan telah meminta kepada jurujual untuk mengambil minuman keras.

“Semasa itu telah berlaku perselisihan faham dan tumbuk-menumbuk di antara kedua-dua individu sehinggakan salah seorang daripada mereka telah memukul belakang dengan menggunakan helmet di luar premis berkenaan.

“Salah seorang Individu yang terlibat mengalami sedikit kecederaan pada bahagian muka, manakala seorang lagi tiada mengalami kecederaan,” katanya di sini, hari ini.



Beliau memberitahu, ekoran daripada kejadian itu, polis telah menahan kedua-dua individu berusia 30-an dan 40-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 48 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki sambil disaksikan beberapa individu lain.

Kejadian yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu mendapat perhatian pengguna media sosial apabila individu terlibat terdiri lelaki India dan Cina bertutur dalam bahasa Melayu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button