Salah sendiri ingatkan kereta api sempat brek

Oleh – Syeikh Baran


Salah sendiri ingatkan kereta api sempat brek
SEBUAH kereta api mendekati kereta yang diletakkan di tepi landasan di Hanoi kelmarin. – Foto tuoi tre news/Supplied

Sebuah kereta api barang bertembung dengan kereta yang diletakkan berhampiran landasan di Hanoi kelmarin menyebabkan bahagian hadapan kenderaan itu remuk, lapor portal berita tuoi tre news semalam.

Menurut saksi, seorang pemandu lelaki meletakkan kereta merah miliknya berhampiran landasan kereta api sebelum pergi ke sebuah pasar tempatan. 



Kejadian berlaku pada waktu petang di Alley 104,  Jalan Co Nhue di daerah Bac Tu Liem, Hanoi. 

Apabila menyedari kereta api menghampiri keretanya, lelaki itu berlari  ke arah kenderaan tersebut dalam cubaan untuk mengalihkannya tetapi dia sudah terlambat. 

Akibatnya, kereta api itu merempuh kenderaan tersebut  yang menyebabkan kerosakan besar pada bahagian hadapannya.

Perbadanan Kereta Api Vietnam berkata, kereta itu menyalahi  undang-undang landasan kereta api tempatan.



Polis di Daerah Bac Tu Liem mengenal pasti pemandu kereta itu sebagai D.T.N. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam  kejadian itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button