Berhenti Politikkan Isu 3R

Berhenti Politikkan Isu 3R

Berhenti Politikkan Isu 3R

 

Sekali lagi isu 3R dijadikan polemik politik oleh politikus yang tidak bertanggungjawab.

Tidak mungkin ianya hanya kebetulan kerana setiap kali menjelang pilihanraya, maka isu 3R akan dimainkan oleh mereka tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian kehidupan rakyat.



Sebelum ini timbul isu bantahan PIBG di Pulau Pinang mengenai arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sekurang-kurangnya satu kelas di sekolah vernakular.

Walau pun arahan tersebut sebenarnya sudah dikeluarkan pada bulan April.

Persoalannya mengapa bulan Jun baru bantahan tersebut dikemukakan.

Dan apa masalahnya dengan arahan dari Kementerian Pendidikan itu?



Adakah ianya tidak berpelembagaan?

Ada khabar angin mengatakan ianya sengaja ditimbulkan oleh parti politik pembangkang sempena pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.

Tujuannyan untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu yang menjadi king maker dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.

Sebagai respon dari parti politik kerajaan yang kini mendapat sokongan majoriti pengundi bukan Melayu, dimainkan pula isu permohonan kewarganegaraan.



Agendanya tidak sukar untuk kita fahami.

Mereka mahu membuktikan bahawa mereka masih lagi relevan dalam memperjuangkan kepentingan bukan Melayu.

Isu ini mendapat respon segera dari parti PAS.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, dengan segera menuduh parti berkenaan sedang membakar negara.



Fadhli bercakap seolah-olah PAS tidak pernah memainkan isu 3R dalam kempen politik mereka.

Mengapakah Perikatan Nasional dan PAS membisu dalam isu bantahan 11 PIBG di Pulau Pinang mengenai isu bahasa?

Tidak kira sama ada parti politik dari kerajaan atau pembangkan, hentikan mempolitikkan isu 3R.

Rakyat berbilang bangsa tidak ada masalah untuk hidup dengan harmoni dalam negara ini.



Cuma ahli politik yang tidak bermaruah sahaja yang cuba mengheret rakyat kepada krisis perkauman.

Rakyat sudah bosan dengan modal politik murahan sebegini.

Tujuan rakyat memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik adalah sebagai platfom untuk mereka suarakan masalah rakyat.

Bukan hendak mendengar atau melihat lakonan politik murahan.



 

Berhenti Politikkan Isu 3R

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button