Peniaga Pasar Payang jadi keldai akaun didenda RM4,500

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga Pasar Payang jadi keldai akaun didenda RM4,500
Feliciano Shaif Cubinar (tengah) didenda RM4,500 atas kesalahan menerima dan menyimpan harta curi milik mangsa scammer di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Seorang peniaga yang juga keldai akaun didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menerima dan menyimpan harta curi berupa wang tunai RM13,616 milik seorang mangsa sindiket penipuan pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Feliciano Shaif Cubinar Tajul Ariffin, 22, membuat pengakuan bersalah setelah kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.



Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyimpan wang tunai RM13,616 milik seorang wanita yang merupakan harta curi.

Perbuatan Feliciano Shaif Cubinar didakwa dilakukan di Pasar Besar Kedai Payang di sini pada pukul 2.58 petang, 28 Disember 2022.

Mengikut fakta kes, mangsa mendakwa telah menerima panggilan telefon yang mendakwa kononnya dia terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan dadah.

Dia kemudiannya diarahkan untuk membayar RM30,000 kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut.



Wanita tersebut yang cemas tersebut kemudiannya memindahkan wangnya berjumlah keseluruhan RM13,616 ke dalam sebuah akaun bank milik tertuduh.

Feliciano Shaif Cubinar didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button