Perlis Negeri kecil bermasalah besar

“Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini. Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya”

Mungkin benar kata kata bahawa apabila sesuatu perkara diserah kepada yang bukan ahli, maka tunggulah saat kehancuran nya.

Hal ini sangat bertepatan jika dikaitkan dengan pengurusan negeri Perlis.



Hari ini Perlis sangat terkenal dengan isu rasuah Parti PAS angkara Menteri Besar dan anak nya.

Selain itu baru baru ini pihak SPRM jua menyiasat pejabat Agama berkaitan rasuah sindiket penikahan.



Tempoh reman terhadap tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan di sebuah jabatan di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari lagi untuk melengkapkan siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.

Sumber SPRM berkata sambungan reman sehingga 12 Jun terhadap pegawai jabatan kerajaan itu dan seorang pemilik syarikat bersama bapanya, masing-masing berusia lingkungan 40-an, 20-an dan 50-an dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Ahmad Hamdi Mustafar.

Apa yang ,memualkan, adalah negeri di perintah oleh sebuah parti yang mendabik dada terlebih Islamik dari pihak lain pula yang terdapat banyak gejala rasuah dalam tempoh singkat pemerintahan.

Menurut berapa sumber, Perlis sedang bergolak kerana ada ura ura perebutan jawatan Menteri Besar sesama komponen parti dalam Perikatan Nasional



Selain berebut jawatan sesama parti komponn perebutan “internal’
ia itu sesama ahli parti baik Parti Bersatu mahu pun parti PAS juga terjadi.

Apabila ditanya hal ini, kedua dua pihak cuba beri gambaran palsu dan menyatakan keadaan semua terkawal dan tiada pergolakan.

Kembali kepada isu diatas, diandaikan akan lebih ramai lagi didakwa di Perlis rentetan tahanan beberapa orang yang sudah pun didakwa.

ini bermakna kepimpinnan parti ulamak sekadar kosmetik sahaja, nafsu mahu wang dan keduniaan juga yang dikejar tidak kira siapa pun memerintah.



Negeri harumanis rupaya nya tidak manis dalam pentadbiran negeri.

Baru sahaja pegang kuasa sedikit dan sekejap sudah bermacam macam masalah yang timbul terutama nya rasuah dan penyelewengan.

Ini satu masalah, masalah lain pihak yang sedang membida untuk ambil alih juga sama teruk rekod pentadbirn 17 bulan nya sebagai kerajaan pusat.

Ini mungkin akibat rakyat yang mengundi tidak faham wakil rakyat dipilih untuk tugas apa,



Rakyat sangka label dan logo agama lebih penting walaupun yang dipilih jahil dalam bab urusan dan bab menjaga rakyat.

 

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button