SPRM panggil exco Perak bantu siasatan tukar status tanah rizab Melayu

Oleh – Syeikh Baran


SPRM panggil exco Perak bantu siasatan tukar status tanah rizab Melayu
Azam (enam dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2024 di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh hari ini. -Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak bagi membantu siasatan berkaitan penukaran status tanah rizab Melayu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ahli-ahli MMK yang akan dipanggil itu merupakan mereka yang berkhidmat ketika penukaran status tanah itu berlaku.



“Siasatan menunjukkan memang betul bahawa tanah rizab Melayu telah ditukar kepada pemilikan pegangan bebas dan kini tanah tersebut dibangunkan dengan estet perumahan.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan memanggil beberapa saksi terlibat terutama sekali mereka yang ketika itu bertugas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak..

“Ini termasuk minit menyuarat berkaitan yang mana dibawa untuk kelulusan exco, jadi exco ketika itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar, di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, di sini hari ini.

Media pada 30 April lalu melaporkan, seorang bekas Timbalan Pendaftar Hak Milik PTG Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot tanah rizab Melayu melibatkan kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button