Tulang dipercayai kepala babi ditemui dalam tangki air

Oleh – Syeikh Baran


Tulang dipercayai kepala babi ditemui dalam tangki air
Dua ketulan tulang dipercayai tulang babi ditemui dalam sebuah tangki air milik penduduk di Taman Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa tangki air terutamanya yang berada di luar kawasan rumah khususnya di atas atap.

Ini kerana menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang individu yang dipercayai tukang paip telah menemui dua ketulan tulang dipercayai kepala babi dari sebuah tangki rumah yang ingin diselenggaranya.



Berdasarkan klip video yang tular di laman media sosial itu, ketulan tulang babi itu kelihatan di dasar tangki selepas air dikeringkan.

“Lihat ini ,tangki air rumah orang di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesian orang (tuan rumah), ada sifat dengki macam itulah, tak ingat dosa ke? Dosa lakukan begini sebab tangki air ini tuan rumah guna untuk mandi, ambil wuduk, gosok gigi dan kegunaan lain, kesian tuan rumah,”luah individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna simpati dengan nasib yang menimpa tuan rumah yang selama ini menggunakan air daripada bangkai haiwan yang haram.



“Ini semua manusia yang tak takut mati, tak takut azab neraka, lagi-lagi bangsa sendiri ada sifat dengki sesama bangsa,”tulis Ijamjalut Ijamjalut.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai John Davie.

“Dia ingat dia menang kalau buat macam itu. Padahal orang muslim sikit pun tak dosa kalau dah terpakai air itu tanpa sengaja tapi dia esok kena balasan Allah,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button