Muslihat Mahathir – Laporan RCI FOREX RM30 bilion diperap, Tapi mahu RCI Batu Puteh di buka kepada Umum

 

Oleh Adam Malik

Mahathir memohon mahkamah untuk memerintahkan prosiding tertutup itu terbuka kepada umum dan memecat tiga daripada tujuh ahli panel RCI kerana didakwa berisiko berat sebelah.



Setelah memerap Laporan RCI FOREX RM30 bilion ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua tapi Mahathir mahu bicara RCI Batu Puteh disiar langsung apabila nriau sudah tiada kuasa.

Dulu permohonan Najib mahu bicara 1MDB disiar langsung ditolak, hari ini Mahathir mahu  RCI Batu Puteh dibuat cara terbuka pula.

Jika tidak bemuslihat bukanlah Mahathir nama nya.

Bila masa kah Mahathir pernah jujur?



Pada perbicaraan Siasatan Diraja berkaitan Pulau Batu Puteh yang akan berlangsung tidak lama lagi Tun Mahathir mahu ia dilakukan dengan cara terbuka  dari mahkamah.

Ini konon nya biar rakyat dapat dengar jawapan jawapan Mahathir pada soalan yang akan ditanya kenapa beliau menyerah pulau yang di”dispute” oleh dua negara  itu  secara tegesa gesa dan cara tersembunyi ketika kabinet penuh belum dilantik dan ketika Peguam Negaea diarah ambil cuti (garden leave).

Pasti Mahathir akan ambil kesempatan untuk memberitahu mahkamah RCI tentang alasan alasan nya menyerah Pulau kepada negara jiran.



Mahathir dibicara sebab membuat keputusan secara sendiri dan tidak merujuk kabinet dan sepatut membuat keputusan secara berjemaah ketika tandatangan melepaskan pulau kepada negara yang beliau takuti ia itu Singapura.

Itu lah kes dan isunya.

Seorang pemimpin tiada hak melepaskan apa apa tanah milik negara secara keputusan sendiri.

Sama ada Malaysia sudah kalah atau tidak pada kes tersebut pun bukan alasan untuk Mahathir bertindak secara sendirian menandatangani pelepasan pukau itu.



Sebenarnya Mahathir sengaja memberi syarat mahu ada terbuka lansung adalah untuk permohonan nya ditolak dan menjadikan dia sebagai berani kerana konon tidak bersalah.

Beliau tahu RCI tidak akan izinkan permintaan itu.

Mahathir mahu kemenangan moral sahaja untuk melayan ego nya.

Pada kes RCI FOREX RM30 bilion sebelum ini pun tiada siaran lansung namun media bebas membuat ‘coverage’ dan melaporkan apa apa yang berlaku dari dalam mahkamah.



Sehingga hari ini rakyat tidak tahu kemana wang mereka sejumlah RM30 bilion yang lesap itu menghilang.

Ada yang kata wang itu telah menjadi beberapa buah bank diluar negara.

Ada juga yang dakwa wang itu telah di parkir atas nama orang lain dibank luar negara.

Namun apa yang kita persoalkan hari ini ada lah hipokrasi Mahathir.



“Dr Mahathir filed the application on June 5, naming RCI chairman Tun Md Raus Sharif and his deputy Tan Sri Zainun Ali as the first and second respondents.”

Kini , demi mahu cari alasan tangguh bicara dan lambatkan proses  Mahathir ungkit pembabitan Tun Raus didalam panel siasatan alasan konflik kepentingan menjadi alasan nya.

Mahathir lupa pada kes 1MDB pembabitan mendiang Sri Ram dan Hakim Nazlan sebab sah berbukti ada konflik kepentingan langsung tidak dilayan oleh mahkamah nya kini .beliau pula mahu mengada ngada mahu pemohonan nya dlayan pula.

Apa pun amat menarik untuk dipehatikan cara Mahathir mahu lepaskan dirinya kerana panel ECI bukan dari kalangan yang beliau ada pengaruh.

Adakah ulangan “saya tidak tahu” atau “saya tidak ingat” akan kembali menjadi jawapan nya?

Sama sama lah kita tunggu dan lihat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button