Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah

Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah

Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
GAMBAR hiasan. FOTO Anadolu

Istanbul: Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir, menurut kenyataan Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah untuk Perlindungan Awam dan Bantuan Kemanusiaan pada Selasa.

“Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial sedang menunggu di Mesir, bersedia untuk masuk ke Gaza.

Lintasan itu ditutup sejak tentera Israel melancarkan operasi di bandar selatan Rafah pada 6 Mei, lapor Agensi Anadolu.



Perang yang bermula Oktober lalu menyebabkan lebih 37,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala ramai orang awam cedera.

Israel juga memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza dan mengenakan sekatan terhadap wilayah itu, menyebabkan lebih dua juta penduduk di ambang kebuluran.

Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dengan keputusan terbarunya memerintahkan Tel Aviv menghentikan segera operasinya di Rafah.

ICJ juga meminta Israel mengekalkan pembukaan lintasan Rafah bagi menyalurkan perkhidmatan asas yang sangat diperlukan dan bantuan kemanusiaan.



Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button