Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza
Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza
Moscow: Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan maksimum ke atas Israel bagi menghentikan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.
Para pemimpin itu mengadakan sidang kemuncak tiga pihak (tripartite) di luar persidangan “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza” yang diadakan di Jordan, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Presiden Sisi.
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi memberitahu sidang kemuncak itu bahawa Israel melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza yang belum pernah disaksikan sejak beberapa dekad.
Keganasan Israel terhadap Gaza mesti dihentikan serta-merta, kata Safadi.
Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 37,000 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini.
Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel hentikan operasi di Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar
- Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :