Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar

Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar

Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar

Dalam satu kenyataan, pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, melakunkan watak sebagai manusia terpaling sedih dengan keputusan kerajaan mengapungkan harga diesel.

Beliau berkata, keputusan itu jelas menunjukkan kerajaan tidak mengendahkan nasib rakyat yang cukup terbeban dengan inflasi dan kos sara hidup yang sudah tinggi.

“Peringatan saya di parlimen supaya pelaksanaan penyasaran subsidi langsung tidak diendahkan.”



“Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat.”

“Kenaikan harga diesel secara mendadak ini akan mengakibatkan kejutan ekonomi yang akan merebak ke seluruh pelusuk negara.”

“Dan akan menyebabkan kesan gandaan kepada sektor ekonomi dan sosial yang lain.”

“Beban ini jika ditaksir mungkin kosnya kepada rakyat adalah jauh lebih besar daripada RM4 bilion yang dapat dijimatkan dari penyasaran subsidi ini.”



“Apakah ini berbaloi?”

“Ini hanya permulaan.”

“Saya ingin mengingatkan bahawa rakyat akan lebih terbeban apabila kerajaan menarik balik subsidi RON 95 tidak lama lagi,” dakwa beliau.

Bagi anak muda yang masih lagi belum kenal dan faham dengan hipokrasi manusia yang bernama Muhyiidn, mungkin boleh terpengaruh.



Muhyiddin lupa atau mungkin buat-buat lupa, bahawa selepas disingkirkan dari kerusi perdana menteri dan dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), beliau sendiri mencadangkan supaya subsidi bersasar dilaksanakan segera.

“Skim Subsidi Bersasar, jika dilaksana mampu memberi penjimatan sebanyak RM20 billion setahun.”

“Menerusi skim berkenaan, hanya golongan sasar iaitu mereka dalam kumpulan B40 dan B60 sahaja berhak menerima subsidii.”

“Tidak sebagaimana dilakukan sekarang.”



“Semua pihak tanpa mengira status kaya atau miskin, warga asing atau tempatan menikmati subsidi yang sama.”

“Sekiranya Skim Subsidi Bersasar dilaksanakan, ia hanya membabitkan penerima daripada golongan yang sepatutnya seperti kumpulan B40 dan B60 sahaja,” kata Muhyiddin ketika itu.

Pertanyaan penulis kepada Muhyiddin, tidak penatkah menjadi manusia hipokrit?

 



Muhyiddin Jangan Hipokrit Dalam Isu Subsidi Bersasar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button