Murid ditemui lemas ketika mandi laut

Oleh – Syeikh Baran


Murid ditemui lemas ketika mandi laut
ANGGOTA bomba mengangkat mayat kanak-kanak lelaki yang lemas ketika mandi di pantai Kampung Bakasan, Karambunai, Kota Kinabalu hari ini. – Foto BOMBA

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi di pantai Kampung Bakasan, Karambunai hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Krispinus Raja, 12, merupakan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) dipercayai pergi ke pantai terbabit bersama beberapa rakan lain untuk mandi di pantai terbabit sebelum menyedari mangsa lemas oleh rakannya



Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 8.57 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kejadian melibatkan salah seorang murid sekolah yang dilaporkan lemas di pantai ketika menjalankan aktiviti riadah mandi laut bersama rombongan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.

“Pasukan bomba bertugas kemudiannya menjalankan operasi SAR dengan teknik Surface Water Rescue iaitu pencarian di permukaan air menggunakan bot penyelamat di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mangsa berjaya ditemukan pada pukul 10.25 oleh pasukan bomba 40 meter dari pantai pada kedalaman dua meter, namun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button