Nelayan positif dadah curi tabung surau dipenjara

Oleh – Syeikh Baran


Nelayan positif dadah curi tabung surau dipenjara
Mohd. Kasyful Azim dipenjara lima tahun tiga bulan atas kesalahan mencuri tabung surau dan menghisap dadah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Gara-gara mencuri duit tabung surau pada awal bulan ini, seorang nelayan dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Kasyful Azim Harun, 41, yang berada dalam pengarah dadah sewaktu melakukan jenayah itu turut dipenjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.



Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd. Shukri memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan selepas lelaki yang mempunyai rekod lampau kesalahan sama mengaku pertuduhan mencuri tabung masjid berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah surau di Kampung Bukit Depu pada pukul 9.30 pagi, 1 Jun lalu.

Mohd. Kasyful Azim didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan atas kesalahan tertuduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.



Tertuduh yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan penagihan dadah didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan pernuatan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 5 September 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button