Nikah rentas sempadan: Imam di Pattani perlu dilengkapi ilmu perundangan Islam

Nikah rentas sempadan: Imam di Pattani perlu dilengkapi ilmu perundangan Islam

Nikah rentas sempadan: Imam di Pattani perlu dilengkapi ilmu perundangan Islam
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Pattani: Imam di wilayah Pattani di selatan Thailand akan dilengkapi dengan ilmu perundangan Islam khususnya berkaitan pernikahan bagi memastikan mereka mahir dengan isu perkahwinan rentas sempadan di wilayah berkenaan.

Gabenor Wilayah Pattani Pateemoh Sadeeyamu berkata selain mendalami ilmu hal ehwal agama, beliau juga mahu imam muda di Pattani mahir dalam aspek perundangan Islam khususnya mengenai perkahwinan.

“Kita tahu ramai pasangan Islam dari negara-negara lain termasuk Malaysia memilih untuk bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran terutamanya di selatan Thailand.



“Oleh itu, saya mahu imam-imam muda Pattani didedahkan dengan ilmu perundangan perkahwinan dalam Islam supaya mereka ini tahu mana yang dibenarkan dalam syarak atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita semasa program Lawatan Rasmi Duta Besar Negara-Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke selatan Thailand.

Pateemoh berkata sebagai contoh apabila imam muda Pattani mengendalikan kes bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran mereka ini tahu selok-belok pendokumentasian antara dua negara dan tidak ‘cetek’ ilmu dalam perkara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beranikah Lim Lip Eng Di Siasat Sebagaimana Hannah Yeoh




“Walaupun Thailand dan Malaysia mempunyai undang-undang perkahwinan yang berbeza namun daripada syarak ia sama dan tiada isu.

“Saya tidak mahu rakyat Malaysia yang mempunyai pasangan di Thailand bernikah rentas sempadan tanpa kebenaran dan akhirnya kebajikan anak tidak terbela dan menghadapi kesulitan di kemudian hari,” katanya.

Sementara itu, Pateemoh berkata kerajaan Thailand bercadang menghantar imam muda di Wilayah Pattani ke Malaysia khususnya di Kelantan bagi mendalami ilmu hal ehwal agama Islam.

Beliau berkata perkara berkenaan bakal dibincangkan bersama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan tujuan menghantar imam muda di wilayah itu ke Malaysia memandangkan mereka masih kurang berpengalaman.



“Saya melihat imam-imam muda di Kelantan berpengalaman luas dalam hal ehwal dan perundangan Islam dan jika MAIK bersetuju, mereka akan ke Kelantan pada Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan imam masjid di Pattani sudah berusia dan kini masanya untuk generasi muda mengambil alih tugas itu dan pihaknya sedang mengenal pasti calon imam muda yang berpotensi tinggi.

Pateemoh berkata Pattani masih kekurangan iman dalam kalangan golongan muda sedangkan Malaysia banyak melahirkan imam muda yang berkaliber, berpengalaman dan berilmu.

“Kerajaan Thailand dan Kelantan mempunyai hubungan yang sangat akrab, justeru jika ada isu melibatkan agama Islam kami akan berbincang dan bertukar pandangan,” katanya.



Lawatan ke Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat itu disertai delegasi dari Malaysia, Brunei, Mesir, Nigeria, Pakistan, Maldives, Iran serta Indonesia yang bermula dari 11 hingga 13 Jun.

Nikah rentas sempadan: Imam di Pattani perlu dilengkapi ilmu perundangan Islam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button