RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.
Oleh Adam Malik
RCI Batu Puteh diteruskan, Mahathir berisiko digelar pengkhianat dan mungkin hadapi tuntutan gantirugi berbilion jika benar bersalah
Tamparan untuk Mahathir mahkamah tolak permohonan perbicaraan terbuka RCI Batu Puteh.
Semalam portal kami sudah menulis berkenaan tipu muslihat Tun Mahathir berkenaan permohonan untuk perbicaraan menyerah Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang dilakukan oleh nya secara mencurigakan.
Hari ini mahkamah tinggi telah “reject” permintaan Mahathir.
Sejurus disahkan bahawa Mahathir perlu menjawap dimahkamah dan kes “judiciary review” di teruskan, Mahathir terus mengajak media dan wartawan untuk kepejabat nya bagi mendengar ulasan nya pada sidang media.
Pada kes serah Pulau cara sembunyi ini, Mahathir terasa amat tersepit dan reputasi negarawan terancam kerana ia membabit kedaulatan negara dan bakal digelar pengkhianat jika didapati benar ada unsur unsur akur dan takut sesuatu kepada Singapura.
Seorang negarawan yang tulin akan berkeras kepala tidak melayan akan kehendak jiran.
Sekurang kurang menyusahkan kehendak jiran atau buat buat bodoh dan “delay” membuat keputusan.
Tetapi, yang mencurigakan, Mahathir seolah olah terima tekanan atau memutuskan serah pulau seawal pentadbiran nya dan ketika baru sahaja menjadi Perdana Menteri dan kabinet belum dibentuk.
Seolah olah sememang telah direncana awal sebelum menjadi Perdana Menteri kali kedua.
Penyokong Mahathir yang terkenal taksub membuta dan jahil pasti tidak faham berkenaan kes yang dihadapi oleh Mahathir.
Ada yang kata Malaysia sudah pun kalah dan tiada peluang lagi untuk menang dan pelbagai lagi alasan bodoh.
Sedangkan kes bukan berkaitan itu pun,yang semua sudah tahu.
Kes ada lah berkenaan Mahathir tiada hak melepaskan Pulau secara sendirian dan sembunyi.
Ada khabar angin menyatakan ada sesuatu yang diketahui oleh Singapura ysng menakutkan Mahathir.
CAD Singapura pernah mendedah akaun suami Zeti Aziz yang ada wang TIA/Imdb sebanyak RM700 juta tetapi dipulangkan melalui akuan SD sebanyak RM65 juta sahaja kepada SPRM.
Mana bakinya dan siapa pemilik sebenar? Adakah itu yang diketahui Singapura?
Dimahkamah Brooklyn Amerika terdedah kisah Zeti Aziz Mantan Gabenor Bank Negara menerima sogokan untuk meluluskan bon secara ” overnight approval”.
Zeti pula amat terkenal sebagai proksi kepada dua individu dan sering ikut arahan kedua individu ini.
Maka sebab itu Zeti sering dilantik untuk duduk kerusi Council of elders, PNB dan sebagai.
Kembali kepada topik diatas maka amat wajar lah Tun Mahathir disiasat dan ditanya apa yang mendorong beliau tergesa gesa dan ketakutan menyerah Pulau secara sukarela.
Kisah Pulau ini telah disyaki oleh beberapa individu berjawatan yang pernah persoal kenapa seolah olah presentasi Malaysia amat lemah dari zaman AG Ghani Patail lagi (era Mahathir).
Semacam ada agenda mahu serah kepada Singapura.
Apa pun kita tunggu dah lihat cara Mahathir mengatasi kes “!mdb” nya ini.
Dapat kah Johor tuntut ganti rugi berbilion dari Mahathir seperti yang dikatakan oleh Dr Puad Zarkashi?