Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula

Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula

Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula

 

Dalam ucapan di Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, Rafizi Ramli, sekali lagi menipu.

Rafizi berkata, kerajaan tidak pernah membatalkan subsidi bahan api termasuk diesel mencecah RM60 bilion setahun.



Sebaliknya mengalihkannya dengan memberikannya terus kepada rakyat.

Beliau mendakwa, sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak saban tahun.

Berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

“Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu?”



“Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan?”

“Sikit saja, masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.”

“Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 (setong)”.

“Saya sebut dulu, kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.”



“Bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh.”

“Subsidi menyebabkan harga yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan.”

“Alih subsidi maksudnya subsidi terus diberi.”

“Diesel kenderaan awam, lori kecil, pikap, peniaga semua dapat.”



“Malah orang biasa gaji RM100,000 ke bawah setahun pun dapat atau kita agihkan kepada keluarga biar dapat subsidi minyak tiap-tiap bulan RM200, RM300, RM400 (atau) RM500,” kata Rafizi.

Lebih Banyak Auta Dari Fakta

 

Penerangan Rafizi itu ternyata lebih banyak auta daripada fakta.

Harga minyak mentah dunia ketika dia janji adalah sekitar US$106 hingga US$116 satu tong.



Antara 35% hingga 45% lebih tinggi berbanding harga US$80 sekarang.

Bezanya ialah nilai Ringgit ketika itu adalah RM3.10 iaitu 35% lebih kuat berbanding paras US$4.70 sekarang.

Jadi, harga minyak mentah dalam Ringgit:
  • April 2013: US$110 X RM3.10 = RM341 setong (RON95: RM1.90)
  • Jun 2024: US$80 X RM4.70 = RM376 setong (RON95 RM2.05)

Bermakna kerajaan BN ketika itu sudah memberi subsidi sangat besar untuk tetapkan harga petrol pada RM1.90.

Tetapi Rafizi tidak puas hati masa itu.



Dia desak kerajaan beri subsidi tambahan RM6.8b untuk turunkan lagi harga petrol sebanyak 40 sen dari RM1.90 ke RM1.50.

Mana faktanya subsidi minyak diberi kerajaan BN masa dahulu cuma RM3b setahun padahal harga minyak mentah dunia masa itu adalah 35% hingga 45% lebih tinggi berbanding sekarang?

Dan untuk pengetahuan Rafizi, hasil dari pengurangan subsidi dan dipulangkan balik kepada rakyat sudah dilaksanakan ketika DS Najib menerajui kerajaan, bukan baru sekarang dilaksanakan.

 

Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Rafizi Keluarkan Formula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button