Wanita ‘penat’ diganggu pocong di rumah sewa

Oleh – Syeikh Baran


Wanita ‘penat’ diganggu pocong di rumah sewa
Tangkap layar menunjukkan penampakan pocong di rumah wanita berkenaan.

Seorang wanita berani merakam detik-detik diganggu pocong dan mengaku penat apabila kerap diusik makhluk halus tersebut yang berlaku di rumah sewanya.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh wanita tersebut di akaunnya, @knightmell, dia dan ibunya sedang bersantai diluar rumah dan terhidu bau seakan bangkai lalu dikejutkan dengan siulan dan selepas itu dikejutkan dengan kemunculan pocong.



Wanita itu kelihatan sangat kental kerana berani menyuluh menggunakan lampu untuk melihat dengan jelas rupa dan bentuk kelibat hantu bungkus itu yang sedang ‘menjenguknya’ di luar kawasan rumah.

Berdasarkan rakaman, dia juga sering diganggu dengan ketukan pintu, barang (telefon) dicampak serta siulan pocong itu.

Dalam pada itu, dalam salah satu klip video agak menyeramkan apabila berjaya merakam mahkluk tersebut mengintainya dari tingkap.

Meninjau di media sosial, rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi dengan kejadian seram yang dialami wanita tersebut.



“‘Benda’ itu saja menyakat kita. Kalau dia kacau, boleh saja halau tapi kalau kita berada di tempat (hutan) dia, kita yang kena balik,” komen @MZ.

“Berani dan kuat betul semangat perempuan ini, boleh siap tuding jari lagi,” komen @anisahruddin.

“Macam ada benda yang dituntut dari kakak ini, cuba pergi perubatan Darussyifa’ untuk minta tolong dari orang sana,” komen @kopicair.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button