Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah?

Oleh Adam Malik.

Apa motif sidang media Mahathir berkenaan RCI PBP? Mahu pengaruhi media kah

Semalam sejurus habis perbicaraan RCI-PBP , Tun Mahathir telah melamar para wartawan untuk kepejabat nya bagi mendengar penjelasan berkaitan kes nya.



Sebelum ini, beberapa minggu lalu Mahathir ada menyindir pihak kerajaan berkenaan tiada lagi kebebasan bersuara dalam tulisan nya.

Lihat bawah.



 

Sungguh bercanggah Mahathir ini.

Benar lah kata beberapa bekas pemimpin dan veteren politik sebelum ini bahawa Mahathir harus dilihat pada perbuatan pelakuan nya dan bukan pada ucapan atau kenyataan nya.

Ramai yang menjadi taksub suka mendengar kenyataan Mahathir tanpa menilai perbuatan nya.



Kenyataan Mahathir sekadar untuk “hoodwink” rakyat sahaja.

Seperti kata seorang wartawan dan penulis terkenal, kata kata Mahathir ” not even worth the paper its written on”.

Tiada bernilai lebih dari sekeping kertas yang ditulis atas nya.

Apa motif sidang media Mahathir jika perbicaraan RCI adalah platform tempat mencurah segala bukti dan rasional keputusan nya akur dan takut kepada Singapura?



Pada kes Datuk Seri Najib dahulu Mahathir dan orang orang nya menempelak pelbagai kenyataan DSN dengan menyuruh menumpu kepada kes 1mdb beliau dalam mahkamah sahaja, dan tidak perlu bising diluar mahkamah.

Kini perkara sama juga perlu dilakukan oleh Mahathir jika beliau masih ada rasa harga diri.

Adakah motif Mahathir mahu pre-empt keputusan panel RCI dan guna cara trial by media yang beliau kuasai dan ada pengaruh?

Dengan cara pre-empt media dengan alasan alasan versi nya Mahathir mahu tanam persepsi beliau tidak bersalah dan yang salah adalah panel.



Mungkin itu maksudnya.

Perkara dan modus operandi sama telah dilakukan oleh Mahathir pada kes DSN , cuma beza nya adalah dengan guna media bawa persepsi DSN sudah bersalah dan hanya menunggu untuk dijatuhi hukuman sahaja.

Mungkin Mahathir sangka audien rakyat masih golongan yang sama ketika era tiada media sosial.

Bila tiada medsos dahulu kala, Mahathir boleh kekal berkuasa 22 tahun, namun bila sudah ada media sosial Mahathir hanya bertahan 22 bulan sahaja dan hilang deposit.



Kini, Mahathir cuba pre-empt perbicaraan RCI dengan memberi versi nya terlebih awal sebagai rujukan dan apa apa yang tidak selari ada lah tidak benar Itu agak nya.

Mahathir takut kepada bayang bayang sendiri.

Pada kes RCI Mahathir tiada arahan sulit kepada mana mana panel supaya mesti dapati Mahathir bersalah.

Tidak seperti terjadi pada kes DSNR.

Mahathir tidak perlu takut.

Mungkin ketakutan Mahathir ada lah “reasonable” kerana orang yang takut kepada permainan ini ada lah orang yang pernah main perkara sama kepada pihak lain.

Pokok pisang dan lambaian daun nya diwaktu malam disangka hantu.

Orang putih kata “what goes around comes around”I

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button