Datin Alyah – “Aku Tinggalkan Suamiku, Anakku, Ibuku, Seluruh Ahli Keluargaku KepadaMu…” [VIDEO]

Datin Alyah – “Aku Tinggalkan Suamiku, Anakku, Ibuku, Seluruh Ahli Keluargaku KepadaMu…” [VIDEO]

Datin Alyah - “Aku Tinggalkan Suamiku, Anakku, Ibuku, Seluruh Ahli Keluargaku KepadaMu…” [VIDEO]

Penyanyi, Datin Alyah tampil memohon maaf kepada semua pihak sebelum dirinya berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah Haji, malam tadi.

Alyah, menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menghabiskan masa bersama anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Izzara sebelum berangkat.



“Hari ini baru saya sadar dan rasa mungkin inilah perasaan Nabi Ibrahim AS ketika terpaksa meninggalkan Ismail AS dan Siti Hajar.
Aku berserah kepadamu ya Allah swt dan redhailah hambamu ini 🤲 Berilah aku sabar yang paling tinggi juga ketenangan dalam segala perkara ya Allah swt.

Aku tinggalkan Suamiku, Anakku, ibuku seluruh keluargaku juga insan2 yg berada disekelilingku kepadamu ya Allah swt sesungguhnya Engkaulah sebaik baik penjaga 😭😭😭.”-kongsi Alyah

View this post on Instagram



A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

 

“Saya Juga Minta Maaf Sangat-Sangat…”

Tambahnya lagi, dia tampil memohon maaf serta meminta doa daripada semua pihak agar urusannya menunaikan Fardu Haji dipermudahkan Allah SWT.



“Saya juga mohon doakan kesihatan saya sepanjang menunaikan Fardu haji 🤲 Saya juga minta maaf sangat-sangat pada siapa yang nak jumpa mahupun nak call saya dan saya benar-benar tidak dapat tunaikan kerana banyak kekalutan juga persiapan yang perlu saya utamakan. Saya mohon maaf banyak-banyak.Harap janganlah ambil hati dengan saya ya 🥰.”-titip Alyah lagi

Sama-sama kita doakan agar urusan ibadah Haji Datin Alyah dipermudahkan, dan selamat kembali ke tanah air kelak.

Datin Alyah – “Aku Tinggalkan Suamiku, Anakku, Ibuku, Seluruh Ahli Keluargaku KepadaMu…” [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button