Datuk Dan Nenek Allahyarham Zayn Rayyan Di Tahan Polis

Datuk Dan Nenek Allahyarham Zayn Rayyan Di Tahan Polis

Datuk Dan Nenek Allahyarham Zayn Rayyan Di Tahan Polis

 

Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor.

Kedua-dua mereka ditahan oleh anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor, sekitar jam 2.30 petang.



Pengesahan dibuat Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi.

Menurut Hussein. penahanan mereka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua mereka akan direman esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dalam perkembangan yang sama, nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.



“Esok adalah hari terakhir (ibu bapa Zayn) direman, hari ke-13.”

“Esok adalah keputusan, saya percaya kertas siasatan sudah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).”

“Mereka (AGC) akan mengakses dan meneliti serta lihat dan membuat keputusan esok sama ada lepas dengan jaminan polis atau dituduh.”

“Semua kena bersabar dan kita tunggu esok.”



“Penekanan kami seperti rakyat Malaysia ingin nasib arwah (Zayn Rayyan) dibela dan diberi keadilan,” kata peguam bela bapa kanak-kanak berkenaan, Fahmi Abdul Moin, di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini.

Ini adalah kerana banyak antara spekulasi di luar sana bertentangan dengan fakta sebenar kes.

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button