Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor

Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor

Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor

 

Dr Mahathir memang sangat dikenali sebagai seorang pendendam.

Siapa sahaja yang tidak mahu mengikut telunjuk beliau, akan dianggap sebagai musuh.



Dan bagi Dr Mahathir, musuh mesti dimusnah dengan apa cara sekali pun.

DS Najib dan Anwar adalah antara senarai musuh politik Dr Mahathir dan beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan cara yang jijik asalkan beliau dapat melihat kemusnahan musuh beliau.

Dr Mahathir juga sememangnya dikenali dengan sikap biadab beliau terhadap Raja Raja Melayu.

Serangan bertali arus beliau lakukan terhadap Istana Johor, mungkin kerana marah dengan siasatan RCI Batu Puteh yang melibatkan beliau.



Terkini, Dr Mahathir dilihat cuba menghasut rakyat supaya membenci kerabat Johor dan juga kerajaan pusat.

Dengan nada sinis Dr Mahathir berkata perkara hebat sedang berlaku di selatan.

Boleh kita fahami, sindiran Dr Mahathir itu merujuk kepada Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.

“Tiang-tiang konkrit sedang meninggi merentasi Selat Tebrau.”



“Walau pun tidak mendengar banyak laporan tempatan mengenai projek berkenaan, namun sudah tentu ia tidak boleh dibina tanpa kelulusan Kerajaan Malaysia.”

“Tidak lama lagi 40,000 penumpang akan menaiki RTS setiap hari dari Woodlands di Singapura ke Bukit Chagar di Johor.”

“Sudah tentu kita harus meluluskannya.”

“(Sedangkan) Jika jambatan dibina, tongkang dan bot boleh berlayar di antara pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas.”



“Pada masa ini, pelayaran dari Pasir Gudang ke Tanjung Pelepas adalah empat kali lebih lama daripada pelayaran terus di sepanjang Selat Tebrau,” kata beliau.

Rupa-rupanya Dr Mahathir masih bermimpi untuk melihat Jambatan Bengkok.

Mahathir Selalu Menipu Tetapi Internet Tidak Pernah Menipu

 

Kenyataan Dr Mahathir dengan segera disanggah oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.



Anthony Loke berkata adalah sangat mustahil Dr Mahathir tidak tahu mengenai projek RTS kerana beliau yang meluluskannya.

Sebenarnya yang menjadi isu adalah tanah di Bukit Chagar yang akan menjadi lokasi Stesen RTS di Johor Bahru yang di miliki Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Tetapi Dr Mahathir mendakwa tanah tersebut adalah milik kerajaan persekutuan.

Malah, sebelum Dr Mahathir luluskan projek RTS, beliau pernah membuat kenyataan untuk membatalkan projek tersebut.



Alasan beliau ketika itu adalah kerana projek RTS bukan keutamaan.

Nasihat penulis, adalah lebih baik Dr Mahathir tumpukan perhatian kepada RCI Batu Puteh dan kes yang bakal dihadapi oleh anak-anak beliau.

Jangan menyibuk dengan pentadbiran negara kerana ada pemimpin lain yang jauh lebih baik boleh mentadbir negara.

 

Dendam Mahathir Yang Tiada Penghujung Terhadap Istana Johor

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button