2 sahabat tumpang rumah saudara kantoi bawa dadah

Oleh – Syeikh Baran


2 sahabat tumpang rumah saudara kantoi bawa dadah
Amran (dua, kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPD Kuala Pilah, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Hasrat dua sahabat untuk mengedar lebih sekilogram dadah bernilai RM41,684.80 dari Johor ke Pahang lebur apabila mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Sompo Dangi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, suspek berusia 38 dan 41 tahun itu ditangkap pukul 1.30 pagi dalam Ops Tapis.



Menurutnya, ketika ditahan, motosikal suspek mengalami kerosakan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke Pahang dan terpaksa menginap di rumah saudara.

“Kita menjumpai lima paket plastik heroin seberat 1,075.30 gram dan sepaket syabu dengan berat 25.4 gram. Dadah yang dirampas ini boleh dibekalkan kepada 3,583 penagih. Nilai dadah yang dirampas RM41,684.80,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Amran, ujian air kencing mendapati suspek positif morfin. Polis menyita dua buah motorsikal jenis Yamaha Y15 ZR dan Yamaha 135 LC yang digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.

“Semakan mnendapati suspek berusia 38 tahun mempunyai empat rekod kes dadah dan lima rekod jenayah. Suspek berusia  41 tahun pula mempunyai 10 rekod dadah dan satu rekod jenayah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button