Anwar beri jaminan bantu sukan

Anwar beri jaminan bantu sukan

Anwar beri jaminan bantu sukan
ANWAR hadir pada Malam Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan tetap memberi jaminan untuk memberi tumpuan kepada kegiatan sukan walaupun negara berdepan kekangan kewangan dan kelembapan ekonomi sekalipun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan sukan di negara ini adalah sebahagian daripada budaya yang mampu meningkatkan lagi taraf kehidupan rakyat serta dapat menggalakkan budaya sihat di semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, aktiviti sukan di negara ini juga dapat membentuk keperibadian rakyat dengan mencintai negara selain menyemarakkan semangat patriotik apabila beraksi di pentas antarabangsa.



“Kita akan cuba sedaya upaya kerana sukan ada kekuatannya kerana ia adalah satu kegiatan aktivit yang tidak memisahkan kelompok desa bandar dan pedalaman, kaum atau agama menerusi satu minat di dukung bersama.

“Jika ada keperluan akan kita bentangkan ke Jemaah Menteri semua. Saya nak bagi jaminan di sini seandainya jika ada keperluan kita tetap untuk memberi pertimbangan khas untuk melonjakan kegiatan dan prestasi sukan walaupun berdepan kekangan ekonomi dan kewangan sekalipun,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 yang diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.



Selain itu, Anwar turut berkata, kerajaan akan terus komited untuk memberi kelonggaran daripada segi percukaian kepada penderma yang menaja persatuan sukan di negara ini.

“Saya mengulangi kenyataan pada rakan di kementerian termasuk persatuan bahawa kelonggaran daripada segi percukaian kepada penderma yang berikan bantuan dan sokongan untuk majukan sukan di negara ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Anwar beri jaminan bantu sukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button