BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden

Oleh Adam Malik

BERSATU Tidak cukup jantan untuk tandingkan jawatan Presiden

Jika sebelum ini , Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sering persendakan UMNO kerana tidak tandingkan jawatan Preeiden, maka kali ini perkara yang sama menimpa Bersatu pula.



Ketika itu Bersatu perguna ahli UMNO yang berstatus pengkhianat atau pun digelar Kluster Broker untuk menempelak umno kerana tidak izinkan umno pertandingkan jawatan Presiden dan Timnalan nya.

Perbuatan Bersatu ini dipercayai atas sebab arahan Tun Mahathir yang mahu Datuk Ahmad Zahid Hamidi ditukar kerana enggan akur bubarkan UMNO.

Tun Mahathir mahu Presiden UMNO yang akur kepadanya dan membawa umno sujud kepada nya melalui arahan Bersatu.



Namun Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi berdiri teguh enggan tunduk, hatta dikenakan pelbagai kes yang direka untuk nya.

Kini , masa berlalu, dan tanpa dijangka, Parti Bersatu pula membuat keputusan tutup pintu untuk dipertandingkan jawatan Presiden nya pada Oktober ini.

Bersatu mahu kluster penyakau wang negara dikekalkan sebagai Presiden.



Mungkin parti Bersatu tahu apa akan jadi kepada parti Bersatu jika calon calon yang banyak wang bertanding.

Harus di ingat bahawa puluhan bilion wang rakyat telah lesap dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin ketika darurat PKP yang sangat panjang.

Selain dari banyak kes kes sedia ada terhadap pemimpin Bersatu melalui skim Janawibawa, berpuluh bilion juga “unaccounted for” kerana dibelanja dibawah akta darurat.

Wang ini entah kemana pergi nya kerana ketika Parlimen mmencadang untuk membuka perbahasaan bagi membincang perbelanjaan wang ketika darurat oleh Datuk Azalina,, seluruh Ahli Parlimen Bersatu bersama Ahli Parlimen PAS berpakat keluar dewan Parlimen bagi mengagalkan perbincangan berkenaan nya.



Maka, rakyat tidak dapat dengar kemana wang dibelanja, apa yang dibeli, berapa yang di “mark up” dan siapa yang dapat.

Sshingga hari ini individu seperti Khairy Jamaluddin masih kelihatan suci walau pelbagai persoalan timbul berkenaan pembelian vaksin baik dari segi jumlah vaksin , jumlah kos. jenis jenis nya, dan juga soalan soalan lain kerana berlindung bawah akta perbelanjaan darurat.

Maka bayangkan lah apabila pemimpin pemimpin kaya Bersatu yang semua ada wang yang mungkin diparkir dipenerima tender dan projek berlawan sama sendiri.

Pasti hancur Parti Bersatu.



Kini apabila Bersatu tidak buka jawatan utama parti, tidak ada pula Kluster Broker umno melakukan perkara yang mereka lakukan terhadap umno dan Presiden nya pula terhadap Bersatu.
Kluster Broker adalah individu yang terpaksa ikut perintah Muhyidin dan Mahathir atas sebab telah diketahui akan beberapa kesalahan dan penyelewengan mereka yang boleh dipegang.

Ada juga yang sekadar Mahathir batuk pun sudah ketakutan

Mereka tidak seberani Najib Razak, Zahid Hamidi, Ahmad Mazlan dan Sharil Samad untuk tidak tunduk kepada Mahathir.
Mereka tidak cukup jantan.

Kembali kepada kisah Bersatu takut jawatan Presiden ditandingkan, sebenar nya tidak perlu takut kerana Jika ditandingkan , Muhyiddin jika kalah, penggantinya tetap pegang dasar parti yang sama.



Ini kerana parti Bersatu boss nya Mahathir.

Ia tidak sama dengan umno jika Zahid kalah dan pengganti nya dari kalangan yang dipasang oleh Broker, maka hala tuju umno bertukar kepada menyembah Mahathir.

Pendirian umno yang “think out of the box” memilih Pakatan Harapan 2.0 telah membuat banyak pihak “off guarded “.

Umno ambil pendekatan yang terbaik untuk hari itu.

Survival umno lebih utama dari hal lain pada hari itu.

Prinsip tiada nilai jika parti pupus kerana diharamkan.

Umno telah menimbang manfaat dan mudarat dan telah pilih satu atau “best amongst the worst” dari dua pilihan yang ada.

Mungkin Dibatu nesan umno tertera “ini lah kubur sebuah parti yang ada prinsip tapi tiada akal untuk survival” ketika itu Sudah tidak berguna lagi.

Maka rumusan nya, Bersatu adalah parti korup yang sakau dan belanja wang rakyat paling banyak sekitar RM600 Bilion dalam 17 bulan, tetapi lari dari Parlimen untuk me bahaskan nya.

Kali ini Bersatu pillih tutup pintu pertandingan jawatan Presiden walaupun umno tidak pasang broker untuk memecahbelahkan Bersatu seperti yang Bersatu lakukan terhadap umno.

Bersatu ada Mahathir, itu sahaja sudah factor untuk “Self destruction”.

Apa apa yang ada sentuhan Mahathir pasti hancur.
Kerana ia adalah “reverse midas touch”.I

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button