Budak 10 tahun ditemui mati lemas di sungai

Oleh – Syeikh Baran


Budak 10 tahun ditemui mati lemas di sungai
ANGGOTA bomba melakukan pencarian ke atas seorang kanak-kanak yang terjatuh di Sungai Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini. Foto IHSAN BOMBA.

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas di Sungai Gelang Patah, Jeti Kampung Dapur Arang, di sini, sebentar tadi.

Mangsa, Nur Aqisyah Abdullah, 10, ditemui mati lemas pada pukul 9.07 malam tadi setelah empat jam pihak bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat.



Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan KUP Saifulizam Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang bermain di tepi jeti pada waktu hujan.

Katanya, mangsa kemudiannya terjatuh ke dalam Sungai Gelang Patah dan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 5 petang.

“Sebaik panggilan kecemasan diterima, seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada pukul 5.08 petang.

“Operasi SAR dilakukan di lokasi kejadian iaitu di Jeti Kampung Dapur Arang. Setelah empat jam operasi digerakkan, mangsa dijumpai pada pukul 9.07 malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.



Menurutnya, mayat mangsa ditemui di dasar sungai berkedalaman tiga meter dan berada jarak lima meter dari tempat mangsa terakhir dilihat,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button