Budak perempuan saksi ibu dibunuh bapa jalani pemeriksaan di hospital

Oleh – Syeikh Baran


Budak perempuan saksi ibu dibunuh bapa jalani pemeriksaan di hospital
Gambar Hiasan

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menyaksikan kejadian ibu dibunuh bapa semalam kini menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah hospital di Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, pemeriksaan kesihatan itu dilakukan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur penderaan ke atas kanak-kanak itu.



“Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana kita bimbang jika dia ada mengalami kecederaan fizikal atau dalaman.

“Selepas laporan perubatan lengkap diperolehi, barulah tindakan susulan diambil termasuk sesi kaunseling yang akan dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kinta,” katanya ketika ditemui pada program Open Mic With Kak Sal di Seri Iskandar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian isterinya yang ditemui di garaj rumah mereka di Kampung Simee, semalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button