Doktor miang ambil kesempatan cabul staf di klinik

Oleh – Syeikh Baran


Doktor miang ambil kesempatan cabul staf di klinik
Gambar Hiasan

Seorang doktor ditahan selepas dipercayai mencabul seorang pekerja wanita dalam kejadian di sebuah klinik di daerah ini awal pagi tadi.

Suspek berusia 29 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Merlimau di sini pada pukul 3.15 pagi selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis ke atas dirinya.



Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, mangsa yang berusia 19 tahun datang membuat laporan polis pada pukul 2.24 pagi hari yang sama.

Katanya, mangsa mendakwa suspek menyentuh beberapa bahagian di badannya ketika mereka berbual.

“Pada pukul 3.15 pagi, tangkapan telah dibuat selepas suspek tampil menyerah diri di balai polis.

“Suspek telah berkahwin, manakala mangsa pula bekerja di klinik tersebut sejak September tahun lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.



Mengulas lanjut beliau berkata, ketika kejadian, terdapat staf lain di dalam klinik tersebut namun mereka tidak menyedari mangsa dicabul.

“Permohonan reman telah dibuat dan lelaki itu ditahan sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, doktor itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button