Gelagat Ernie Zakri Luah Rasa Bangga Bila Anak Suka Nyanyi Lagunya – [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Gelagat Ernie Zakri Luah Rasa Bangga Bila Anak Suka Nyanyi Lagunya – [VIDEO]

Gelagat Ernie Zakri Luah Rasa Bangga Bila Anak Suka Nyanyi Lagunya - [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Memang Pintar, Suka Tengok Telatah Anak Ernie Zakri”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang di muat naik di laman media sosial tiktok milik @kotaroo_99 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 208 ribu, tanda suka sebanyak 6,194 dan sebanyak 12 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang meluahkan rasa bangga terhadap anaknya iaitu Khawla yang sering menyanyikan lagunya itu. Menurut Ernie Zakri, dia tidak mengajarkan lagu tersebut kepada anaknya dan itu membuatkannya terkejut apabila mengetahui anaknya menyanyikan lagu tersebut.

@kotaroo_99



Replying to @nrtliaqis Ibu yang bangga dengan anaknya 😍@Kotaro_99 #erniezakri #fyp4u #foryoupage #fypシ゚viral #khawla

♬ original sound – Kotaro_99 – Kotaro_99

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka melihat telatah Khawla yang sangat comel dan bersahaja.

Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang berbakti dan taat pada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.



Gelagat Ernie Zakri Luah Rasa Bangga Bila Anak Suka Nyanyi Lagunya – [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button