Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?

 

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme itu yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Sebagai tambahan kepada hukuman dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik.

Ia selama apa-apa tempoh dan dengan syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.



Kedua-dua mereka, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Sementara itu, dalam siasatan kes yang sama, datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan berhubung pembebasan kedua-dua individu berkenaan.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini.”



“Pembebasan hanya akan dibuat di IPD Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah (untuk reman),” jelas beliau.

Timbul satu persoalan yang sangat besar di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lapuran forensik mendapati Allahyarham Zayn Rayyan mati dibunuh.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.”



“Bedah siasat dijalankan mendapati mangsa dipercayai dicekik berdasarkan kesan kecederaan konsisten pada leher.”

“Apa yang pasti mangsa kematian mangsa bukan akibat lemas di lokasi kejadian tetapi dicekik selain luka lain yang dialaminya untuk mempertahankan diri.”

“Untuk menjaga maruah arwah dan keluarga setakat itu sahaja saya boleh cakap,” jelas beliau.

Sekiranya ibubapa Allahyarham Zayn Rayyan dituduh dengan tuduhan mengabaikan kanak-kanak, siapa pembunuh Zayn Rayyan.



Adakah pembunuh tersebut masih bebas di luar sana?

 

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Dakwa Abai Anak, Siapa Pembunuh Rayyan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button