‘Influencer’ didakwa curi telefon bimbit bekas kekasih

Oleh – Syeikh Baran


‘Influencer’ didakwa curi telefon bimbit bekas kekasih
Sarah (baju kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

Tindakan seorang pempengaruh media sosial mencuri telefon bimbit bekas teman lelakinya yang bernilai RM2,000 mengundang padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarah Leo Ee May,31, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratul Naim Mohd Saidi.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenama Oppo Reno 8 5G yang bernilai RM2,000 milik Andrew.

Kesalahan itu dilakukan dilakukan pada pukul 10 malam 26 April lalu, di dalam sebuah kenderaan di tempat letak kenderaan di sebuah hospital swasta di sini.

Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Darrshini manakala tertuduh diwakili peguam Cha Eng Soon.



Eng Soon berkata, kes yang berlaku melibatkan anak guamnya itu berpunca daripada perselisihan faham dengan bekas teman lelakinya.

“Perkara yang berlaku adalah berpunca daripada selisih faham daripada bekas teman lelakinya dan saya memohon agar jumlah jaminan yang minimum dikenakan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 24 Julai depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button