Kami bersyukur Allah makbulkan doa kami – Datuk Zayn

Oleh – Syeikh Baran


Kami bersyukur Allah makbulkan doa kami – Datuk Zayn
Tangkap layar video yang dikongsikan Zahari di Facebooknya malam ini.

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin melahirkan rasa syukur apabila keluarganya disatukan semula selepas hampir dua minggu dipisahkan.

Datuk kepada kanak-kanak autistik itu, Zahari Mohd. Reba memuat naik hantaran beserta video sebak berdurasi 13 saat memaparkan pertemuan itu.



Di dalam video itu kelihatan nenek Allahyarham Zayn Rayyan, 6, yang juga ibu kepada Zaim Ikhwan Zahari dilihat bersalaman dan berpelukan dengan anak lelakinya itu sebelum diikuti dengan menantunya, Ismanira Abdul Manaf.

Selepas itu, kedua-dua suami isteri itu turut kelihatan erat berpelukan bersama datuk Allahyarham Zayn yang memakai topi berwarna putih.

“Hari ini Khamis (13 Jun), Allah mempertemukan Mommy, Daddy, Tok Ayah, WanMi dengan Mateen dan keluarga kami.

“Kami sungguh terharu peristiwa yang tidak akan akan kami lupakan sepanjang hidup kami.



“Kami bersyukur kepada Allah yang telah memakbulkan doa kami,keluarga kami,sahabat-sahabat kami serta seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di penghujung ayat, datuk Zayn turut menyertakan tanda pagar #justice4zaynrayyan dan #justice4zaimisma.

Hari ini, Zaim dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf keluar dari pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya selepas selesai membayar wang ikat jamin sebanyak RM20,000 pada 12.40 tengah hari.

Pasangan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.



Pada pukul 2.30 petang pula, datuk dan nenek Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd. Reba dan isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik tersebut. – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button