Kes Zayn Rayyan: ‘We are so close yet so far’ – Shuhaily

Oleh – Syeikh Baran


Kes Zayn Rayyan: ‘We are so close yet so far’ – Shuhaily
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain

Pihak pendakwaan memutuskan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dituduh di bawah Akta Kanak-Kanak ketika ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tindakan itu dibuat selepas perbincangan mendalam antara  polis dan Pejabat Peguam Negara.



Menurut beliau, pihaknya membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini semalam mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

Katanya, ia bagi memastikan semua keterangan dan pendedahan yang diperoleh semasa siasatan boleh diguna pakai di mahkamah ketika perbicaraan kelak.

“Selepas perbincangan mendalam dijalankan antara polis dan Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan memutuskan pertuduhan dibuat mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai pada ketika ini.

“We are so close yet so far’,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini hari ini.



Mohd. Shuhaily turut memohon orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes itu dan membenarkan proses perbicaraan berjalan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada Zayn Rayyan.

“Kes ini amat sensitif kerana ia melibatkan mangsa seorang kanak-kanak istimewa.

“Tertuduh pula adalah ibu dan bapanya (Zayn Rayyan), saya berharap masyarakat di luar sana berhenti membuat spekulasi mengenai kes ini agar keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button