Netizen Tegur Mawar Karim Biar Anak Menari Di TikTok

“Baiklah Ajar Solat”

Netizen Tegur Mawar Karim Biar Anak Menari Di TikTok

Netizen Tegur Mawar Karim Biar Anak Menari Di TikTok
Netizen Tegur Mawar Karim Biar Anak Menari Di TikTok

Seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain, usahawan Mawar Karim kadangkala berkongsi momen bersama anak di media sosial.

Dapat dilihat anak tunggalnya, Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun gemar menari mengikut trend di TikTok.

Perkara itu mengundang komen seorang netizen yang berpendapat lebih baik Mawar mengajar anaknya solat.



Menurut Mawar, dia sudah mengajar Maryam dengan ilmu menunaikan solat sejak umur 4 tahun. Maryam yang berada di sampingnya turut mengakui ibunya membelikan banyak telekung.



Lepas tu Mummy beli banyak telekung untuk Maryam. Maryam belajar dekat sekolah atau dekat rumah Mummy yang ajar Maryam solat.

Mawar hanya ingin Maryam merasa zaman kanak-kanak yang indah dengan melayani minat anaknya seperti menyanyi dan menari.

Bagi saya dia nak enjoy kehidupan dia saya bagi saja. Walaupun saya tak ajar pun Maryam menyanyi dan menari tapi Maryam yang nak. Dia naturally.

Ujar bekas isteri kepada Fizo Omar lagi, biarlah Maryam ‘enjoy’ zaman kanak-kanaknya dengan perkara yang disukai. Tapi, dia sudah tentu akan menyekat hobi itu apabila meningkat dewasa kelak.



 



Untuk rekod, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada Julai November 2013 sebelum bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia 7 tahun.

Kredit: TikTok Mawar_karim

Netizen Tegur Mawar Karim Biar Anak Menari Di TikTok

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button