Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

Panasonic kini melancarkan kamera mirrorless terbaharu, LUMIX S9, kamera yang terkecil dan paling ringan dalam Siri LUMIX S. Tersedia dalam pelbagai warna, Jet Black, Crimson Red, Dark Olive, dan Dark Silver. LUMIX S9 adalah teman yang bergaya untuk para pencipta konten.

Kamera LUMIX S9, membenarkan pada pencipta konten menikmati pelbagai gaya warna popular, klasik atau bespoke color styles in-camera dengan fungsi REAL TIME LUT yang popular melalui butang ‘LUT’ pada badan kamera.



Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

Selain itu, aplikasi LUMIX LAB baharu memboleh para pencipta konten membangunkan fail warna LUT unik sendiri pada telefon pintar mereka. Ini bermakna pengguna boleh menjana video pegun dan asli dan boleh dikongsi dengan mudah tanpa memerlukan post-production editing pada komputer. Kelajuan pemindahan data dari kamera ke telefon pintar juga telah dipertingkatkan dengan aplikasi baharu.

 

LUMIX S9 turut memperkenalkan format rakaman baharu, iaitu MP4 LiteShooting Open Gate dalam 4:2:0 10 bit dalam 30p/ 25p, pengguna boleh menangkap video berkualiti tinggi dalam format optimum untuk telefon pintar dan mengubah saiz nisbah aspek yang sesuai dengan aplikasi LUMIX Lab.



Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

 

Di samping LUMIX S9 , Panasonic telah memperkenalkan LUMIX S 26mm F8 (S-R26) pada harga RM 1,099, lensa bingkai penuh yang sangat padat dan ringan. Reka bentuk nipis meningkatkan kemudahalihan sambil mengekalkan resolusi tinggi dan kualiti imej yang cemerlang.

 



Selain LUMIXS-R26, Panasonic juga memperkenalkan lensa LUMIX S 18-40mm F4.5-6.3 baru yang kepada barisan lensa Siri LUMIX S bingkai penuh tidak lama lagi. Lensa zum yang kompak dan versatil ini ideal untuk kegunaan harian. 18-40mm yang akan datang mempunyai jarak shooting paling hampir 0.15m/ 0.49ft.

Lensa ini meliputi ultra-wide angle 18mm kepada semi-standard 40mm, membolehkan fleksibiliti untuk menangkap  landskap dan bangunan yang luas atau potrait shot dalam perspektif semula jadi.

View this post on Instagram



A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

LUMIX S9 kini boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,599 untuk badan DC-S9GA sahaja, dan RM 8,999 untuk DC-S9KGA , yang disertakan dengan Lensa R2060.

Dalam pada itu, model yang dari Lazada atau Shopee dari 6 hingga 30 Jun 2024 akan tersedia dalam warna Jet Black dan Crimson Red. Semua pratempahan LUMIX S9 akan datang dengan hadiah percuma SmallRig L-Shape Handle, pek bateri dan Kad SD SanDisk Extreme Pro 64GB.



Panasonic Perkenal Lumix S9, Kamera Mirrorless ‘Full-Frame’ Dengan Harga RM7,599

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah





DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI PBP- Mahathir berisiko digelar “pengkhianat”, dilucut “Tun” dan mungkin kena bayar berbilion ganti rugi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button