Pelajar ditikam lepas tegur rakan kunci bilik

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar ditikam lepas tegur rakan kunci bilik
Gambar Hiasan

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera ditikam rakannya dengan menggunakan dua bilah pisau dalam kejadian di sebuah asrama sekolah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada warden pada pukul 4.31 petang melibatkan pergaduhan dua pelajar di asrama sekolah tersebut.



“Mangsa ditikam di bahagian dada, belakang badan dan paha kanan dengan menggunakan dua bilah pisau. Remaja itu menerima rawatan di Hospital Seri Botani.

“Susulan kejadian itu, kita menangkap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun pada pukul 6 petang bagi membantu siasatan. Suspek merupakan rakan seasrama mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman dibuat ke atas remaja itu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini dan dibenarkan selama empat hari.

Motif kejadian dipercayai kerana suspek mengunci bilik sebelum ditegur oleh mangsa kerana mengikut polisi pintu asrama tidak boleh dikunci.



“Polis akan mengambil keterangan saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Saksi yang mempunyai maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jagdeep Singh Jaswant Singh di talian019-4424361 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button