Pemuda muat digilis lori di persimpangan lampu isyarat

Pemuda muat digilis lori di persimpangan lampu isyarat

Pemuda muat digilis lori di persimpangan lampu isyarat
– Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ungku Mohsin, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian jam 8.50 pagi itu membabitkan motosikal, kereta dan lori.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa lelaki tempatan berusia 20-an menunggang motosikal dari pusat bandar menghala ke Tampoi telah melanggar belakang sebelah kanan kereta yang sedang berhenti di lorong tengah kerana lampu isyarat berwarna merah.



“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong kanan dan digilis lori yang datang dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemuda muat digilis lori di persimpangan lampu isyarat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button