Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!

Baru-baru ini bertempat di Workshop 3 Sentul Depot, Honda Malaysia telah melancarkan kereta Honda model New City Hatchback versi facelift yang baharu untuk tahun 2024. Honda New City Hatchback merupakan salah satu kereta model Hatchback yang menjadi kegilaan ramai setelah memasuki pasaran terutamanya di Malaysia.

Variasi New City Hatchback kali ini menampilkan bahagian luar kereta yang lebih sporty dan lebih bergaya dengan pilihan warna tambahan seperti Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic dan Meteroid Gray Metallic. Gril di bahagian hadapan kereta berbentuk honeycomb juga ditampilkan untuk variasi terbaru ini, tambah pula dengan gril bawah dan bampar yang menampakkan gaya yang lebih agresif.



Apa yang menarik lagi adalah, New City Hatchback didatangkan sekali dengan Roda Aloi 16-inci berlina black yang menawan yang menaikkan lagi aura Hatchback terbaharu ini.

 

New City Hatchback baharu dijangka menarik minat golongan dewasa muda dan profesional yang menghargai keseimbangan teknologi canggih, gaya dan praktikal dalam perjalanan harian mereka serta dijangkakan untuk target jualan pada bulan pertama adalah sebanyak 900 unit kereta.

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!



Tanda harga yang ditawarkan untuk setiap varian adalah bermula dari seperti berikut;

  • 1.5L e: HEV RS – RM112,900
  • 1.5L DOHC I-VTEC RS – RM100,900
  • 1.5L V – RM95,900
  • 1.5L E – RM90,900
  • 1.5L S – RM85,900

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!

 

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!



 

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai New City Hatchback, sila layari laman portal rasmi Honda serta anda boleh menghadiri mana-mana cawangan pengeluaran Honda yang berdekatan dengan anda. Apa tunggu lagi, rebut peluang anda untuk menjadi yang pertama memiliki New City Hatchback ini.

Perlancaran NEW CITY HATCHBACK Versi Facelift Terbaharu Tahun 2024, Raih Minat Ramai!

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button