Pestabola Merdeka: FAM sedia jemput negara ‘kelas A’

Pestabola Merdeka: FAM sedia jemput negara ‘kelas A’

Pestabola Merdeka: FAM sedia jemput negara ‘kelas A’
FAM mengesahkan penganjuran Pestabola Merdeka diteruskan bagi edisi 2024. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan keputusan untuk meneruskan penganjuran Pestabola Merdeka bagi edisi 2024 dengan menghantar jemputan kepada negara-negara ‘kelas A’.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihak persatuan mungkin menjemput pasukan yang berada pada Balang 1 ataupun Balang 2 bagi kelayakan Piala Asia 2027 yang hanya akan bermula pada Mac tahun depan.

“Pestabola Merdeka akan dianjurkan pada September atau Oktober depan membabitkan empat pasukan.



“Cuma, kita belum putuskan lagi pasukan untuk Pestabola Merdeka tetapi kemungkinan kita akan memanjangkan pelawaan kepada pasukan pada minggu depan.

“Mungkin kita akan ambil (jemput) pasukan daripada Balang 1 dan Balang 2 bagi Kelayakan Piala Asia 2027,” kata Noor Azman pada sidang media selepas mesyuarat EXCO FAM di Wisma FAM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Di Bawa Ke Mahkamah




Berdasarkan ranking semasa, Malaysia menjadi pasukan terbaik dari Balang 2 dan pasukan yang turut mengisi Balang 2 adalah Filipina, Turkmenistan, Afghanistan, Singapura dan Yaman.

Pada saingan Pestabola Merdeka edisi 2023, FAM telah menjemput Palestin, Tajikistan dan India tetapi Palestin terpaksa menarik diri pada saat akhir ekoran konflik perang.

Malaysia terpaksa akur dengan status naib juara apabila tewas kepada Tajikistan di pentas final. – KOSMO! ONLINE

Pestabola Merdeka: FAM sedia jemput negara ‘kelas A’

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kalau Johor Yang Pertama Tandatangan Serah Negeri Kepada British, Siapa Pula PM Pertama Yang Serahkan Tanah Johor Kepada Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button