Tidak puas hati isu pembahagian harta, lelaki ugut keluarga

Oleh – Syeikh Baran


Tidak puas hati isu pembahagian harta, lelaki ugut keluarga
Gambar Hiasan

Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan kes khianat dan melakukan ugutan jenayah terhadap ahli keluarganya dalam kejadian di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dibuat susulan laporan polis oleh keluarga suspek pada pukul 3.21 pagi.



“Berdasarkan aduan, suspek telah pergi ke rumah kakaknya di Kampung Jagor bersama ibu dan bapanya. Lelaki itu yang memandu dalam keadaan tergesa-gesa telah melanggar dua tiang lampu solar di hadapan rumah tersebut.

“Siasatan mendapati, suspek telah menepuk belakang kepala ibu dan bapanya sebaik sahaja turun dari kenderaan. Tindakan itu dikatakan kerana dia tidak berpuas hati dengan isu pembahagian harta bapanya,” katanya di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button