Upah cecah RM5,000 jadi transporter bawa dadah

Oleh – Syeikh Baran


Upah cecah RM5,000 jadi transporter bawa dadah
KUMARASAN (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan ganja pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Seorang penganggur sanggup menjadi ‘transporter’ kepada satu sindiket dadah dengan membawa masuk bekalan ganja ke negeri menggunakan Honda City miliknya dengan bayaran upah antara RM2,000 hingga RM5,000.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, suspek ditahan polis pada pukul 2.30 petang selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan Horizon Hills, di sini, Sabtu lalu.



“Hasil pemeriksaan di dalam but kereta, kita menemui 63,487 gram atau 60 peket ganja yang dianggarkan bernilai RM210,150 yang diletakkan di bahagian but kereta itu.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu menjadi transporter kepada sindiket dadah dengan upah antara RM2,000 hingga RM5,000 bagi satu perjalanan sebelum diserahkan kepada sindiket lain di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Kumarasan berkata, risikan yang dijalankan mendapati suspek dipercayai bergerak secara berkumpulan dengan mendapatkan bekalan dadah dari negeri lain dan dibawa masuk ke negeri ini untuk pasaran tempatan.

“Sindiket ini berpengkalan di Johor dan aktif sejak Januari lalu. Suspek ini dipercayai dalam perjalanan untuk bertemu seseorang untuk menyerahkan bekalan ganja itu, identiti seorang lagi suspek itu telah kita kenal pasti,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button